Wednesday, 12 October 2016

PERIOD PAIN a.k.a SENGGUGUT

Image result for senggugut


Tak semua mengalaminye kan ada segelintir, Ada yang biasa-biasa je dan ada yang sakit sangat. Umi? Umi senggugut tak ? SENGGUGUT sayang..... Ramai yang cakap ...hisss anak dah 3 tak kan senggugut lagi kot..... YE, SENGGUGUT!!  

Bila kita search kat google di wikipedia' dia bagitau ;
Ada 2 jenis senggugut 
Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Sementara senggugut Senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

Habis tu macam umi ni tergolong dalam secondry atau utama? Ntah lah.... Setakat ni anak dah 3 orang, dah buat papsmear byk kali dan rahim , alhamdulillah ok but still senggugut. Cuma kadang kena teruk sampai tak boleh nk bangun, rasa mual-mual, sakit yang mencucuk-cucuk, sakit pinggang yang melampau sampai terbengkok pinggang, demam, tertonggeng-tonggeng. Masa ni minyak panas nak kena ada sentiasa disapu kat perut, kalau dulu letak air panas dalam botol. Sekarang Umi sapu je minyak panas kat perut kalau kena yang sakit pinggang lepas sapu minyak panas Umi pakai bengkung baru lah tahan sikit. Kaki pakai stokin. Kadang dah macam orang pantang masa bersalin plak. Kadang-kadang kena sikit sakit perut yang boleh tahan. Dah macam-macam tips dicuba tapi masih ada.


Tulah Kadang memang susah nak terangkan situasi kepada mereka-mereka yg lagak doktor ataupun menganggap ilmu kita seperti doktor. Kenapa umi cakap camtu....sebab pertanyaan diaorg tu dan minta maaf lah bila Umi kena senggugut yang teruk umi rasa bengang sangat ng soalan-soalan yang macam tu , mood tak elok kot....hahahaa.....

Walaumacampun Umi nak share cara yang Umi selalu buat untuk mengurangkan rasa senggugut :(Tahap Medium untuk Umi) 




  • Sapu dan urut perut, kaki, pinggang yang sakit dengan minyak panas / lotion panas
  • Tuam dengan kain/botol yang berisi air panas pada bahagian perut / pinggang/ punggung
  • Minum air suam
  • Buat senaman macam senaman Back Pain yang Umi share haritu pun ok gak
  • Pakai Stokin
  • Tidur
Ni plak cara Umi buat untuk Sakit Tahap Hard untuk Umi
  • Makan Ubat Tahan Sakit
  • Tidur
Kalau yang biasa-biasa tu Umi buat relax jer..... paling-paling pun Umi mesti :

  • Minum air suam
  • Buat senaman

    • Bukan tak sakit, tapi masih boleh tahan... Yang teruk untuk Umi bila Umi tak boleh bangun, Sakit teramat sangat, kepala pusing, mata tak kabur, mabuk-mabuk.... Umi jarang makan ubat sbb Umikan allergy PCM , Umi boleh makan pil tahan sakit je, sbb tu Umi jarang makan Ubat...dah sakit bebetul baru Umi makan Ubat.

      Ada gak yang cakap jangan fikir, aktifkan diri, buat keje macam biasa.....erm, mungkin yang tak rasa boleh cakap apa saje kan. Macam gak bersalin ada yang cakap sakit bersalin macam senggugut. Tapi Umi rasa bersalin tak seteruk senggugut Umi yang hard. 2-3 hari sakit tak boleh bangun tak boleh buat kerja. Kalau kena sakit pinggang kadang dari sebelum period bulan ni hingga period bulan depan baru baik. Alhamdulillah Allah permudahkan Umi bersalin dan dapat tahan sakit bersalin. Allah dah tentukan bahagian masing-masing. Apa-apa pun kita sendiri yang kenal diri kita, berusahalah mencari penawar selagi penawar tu baik untuk kita amalkan dan tak melanggar syariat. Inn shaa Allah



      No comments:

      Post a Comment