Thursday, 18 February 2016

CARA SOLAT DHUHA


Ikhlas umi bagitau umi pun tak reti sangat, umi pun bersama-sama mencari, cara-cara ni pun umi rujuk bacaan dari kitab-kitab, blog dan umi tanya ng ustazah yang mengajor kat surau kat taman perumahan umi, betul ke tidak cara yang umi buat ni.....

Kat sini umi nak share lah macam mana kan.... untuk rujukan umi, anak-anak dan sesape je lah yg nak rujuk....

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengahtengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:






 “Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”

Lafaz niatnya; 




“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala” 

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat.

Bacaan dalam solat 
Boleh membaca sebarang surah. 

Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha

nampak tak ?

Untuk memudahkan lagi Caranya macamni : 

1. Bacaan niat 
2. Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
3. Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
4. Setelah selesai salam, lalu membaca doa

yang lain bacaan nya sama seperti dalam solat

Doa selesai solat Dhuha;






“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.” 

No comments:

Post a Comment