Monday, 29 February 2016

UJIAN PERTAMA DAMIA

Diz week Damia ada test..... Umi tak tahu sama ada umi nak busy kan diri untuk Damia atau just "hokey, Damia ada test" macam mak-mak kita dulu....  Heheheee, dulu kan diaorg tak berapa kisah sangat..... tapi since ada anak opizmate yg sebaya Damia agak excited ...Kikikiiii, macam terpengaruh jerk...... eleh,,, bukan abaikan tapi damia selalu aperrrr buat exercise...Damia kan anak yg rajin gichewww..

so umi pun sebenarnya tak tahu sangat nak buat ape sebab hari-hari umi tanya Damia belajo aper dan dah sampai mana, umi pun ada belikan buku latihan untuk dia. Dan Damia pun rajin buat latihan. Umi tak tetapkan bila dia kena buat latihan tapi dia akan buat latihan ikut suke dia pastu dia akan bagi teacher umi dia ni semak....

Memandangkan Damia akan ada ujian minggu ni dan damia kelihatan terlalu relax, siap boleh layan ZooTopia lagi kan......




Ahad tu umi pun bagi lah dia latihan sikit-sikit nak tengok cara dia menjawab lah konon nyer....
Buku latihan kan dah ado........tinggal jawab je lerrr....


Harini punya cerita, test paper BM1 dan BM2, punya lah gigih cik Damia nk ulangkaji, dia bawalah buku latihan dia ke sekolah.....pastu dia boleh pulak tinggal kat transit..kot.....dia cakap...hulhukhukkkkk.........


esok math ng sains kotttt....sayang.....gigih lah umi dia pi google cari soalan math ng sains ....... rupanya banyak gak website yang ada soalan-soalan untuk test ni ada yg ok ada yang macam asal boleh jerk.... tak sure lah ni antara modul yang diaorg kena buat as assigment ke ape ker kan..... soalan sains agak payah gak nak cari yang sesuai ng tahap Damia... math ok lah. umi ambil soalan kat : http://rumahmatematikkssr.blogspot.my/p/latihan.html ni....


:::::::::::::::p.s> umi punye gigih n nak control marah sebab cik Damia tinggalkan buku dia siap satu tajuk kat blog ni..... kahkahkahhhhhhh.....bila umi tak nak membebel dan tak nak bagi pressure kat anak-anak dan umi...... umi mula mengetuk keyboard sambil menemankan cik Damia study:::::::::::

sekian terima kasih


Thursday, 18 February 2016

CARA SOLAT DHUHA


Ikhlas umi bagitau umi pun tak reti sangat, umi pun bersama-sama mencari, cara-cara ni pun umi rujuk bacaan dari kitab-kitab, blog dan umi tanya ng ustazah yang mengajor kat surau kat taman perumahan umi, betul ke tidak cara yang umi buat ni.....

Kat sini umi nak share lah macam mana kan.... untuk rujukan umi, anak-anak dan sesape je lah yg nak rujuk....

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengahtengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:






 “Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”

Lafaz niatnya; 




“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala” 

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat.

Bacaan dalam solat 
Boleh membaca sebarang surah. 

Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha

nampak tak ?

Untuk memudahkan lagi Caranya macamni : 

1. Bacaan niat 
2. Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
3. Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
4. Setelah selesai salam, lalu membaca doa

yang lain bacaan nya sama seperti dalam solat

Doa selesai solat Dhuha;






“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”