Last week ada pemeriksaan kesihatan kt opiz umi...
taraaa......................dah nk 56 kg tuuuuu
sila abaikan tekanan darah...huhukhuk.......
seperti biasa doc akan cakap kurang rehat/stress blablabla....yg rasa related ng situasi umi yang ado anak-anak yang comel-comel ni..... tp jangan buat main-main tau.....kpd ensuami sila bantu puan-puan isteri menjalankan tugas sebagai ibu yng berkejaya sprt umi.....
kolestrol pun paras2 jew kan....yang lain
alhamdulillah......sihat!!
okey, ni nak bagi tip kt umi, keturunan umi dan korg yang menbaca..... yang tak suke buah, sila suke buah....
hahahahaaa (ini adalah paksaan) kerana buah banyak khasiat......nak kurus dan sihat tak.....?????
1.Buah-buahan yang berwarna jingga;
Lemon,
oren, mangga, betik, nenas semuanya mengandungi beta-karoten, vitamin C
yang amat kaya.
Umumnya, beta- karoten dapat meningkatkan daya keimunan
tubuh badan manusia dan bertindak sebagai unsur juga antikanser.
2. Buah-buahan yang berwarna merah:
Tomato,
buah delima, strawberry, cherry
mempunyai fungsi antioksida dan menghalang sel kanser
daripada merebak dalam badan. Kalori buah-buahan tersebut juga amat
rendah.
3. Buah-buahan yang berwarna ungu dan hitam:
Buah-buahan ini, bukan sahaja baik bagi mata dan dapat menghalang kolesterol terkumpul dalam badan, tetapi juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh bahan.
Antara buah-buahan dalam kumpulan ini ialah anggur, beri hitam dan plum. Kesemuanya mengandungi banyak vitamin C, kalium, magnesium dan kalsium berbanding dengan buah-buahan yang lain.
4. Buah-buahan yang berwarna hijau:
Epal hijau , kiwi
buah-buahan ini dapat melancarkan fungsi retina dan melindungi penglihatan kita.
Selain itu, orang yang selalu panas badannya. Hendaklah makan pear, pisang dan tembikai.
Manakala, orang yang badannya selalu sejuk, sesuai makan laici, ceri, buah berangan dan longan.
Pesakit strok dinasihatkan makan pisang, oren dan pic yang dapat membantu pencernaan.
Pengidap sakit jantung dan lipidnya terlampau tinggi sesuai makan buah-buahan sitrus dan limau bali supaya mengurangkan nisbah kolesterol dan lipid dalam darahnya.
No comments:
Post a Comment