Thursday 18 January 2018

Suka,Cinta Dan Sayang

Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.


Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.


Saat kau menyukai seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kau mencintai seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."


Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.

Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."


Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...


SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.





info : http://www.sioloon.com/

Thursday 13 July 2017

BIRTHDAY CIK DAMIA SI CHERRYMERAH UMI

Pejam celik pejam celik....SubahannaAllah Cik Damia dah nak 8 tahun daa.... Alhamdulillah....
Apa yang kita nak buat yerk untuk suprise kan cikDamia ni...
Last year umi takde di sisi Cik Damia masa birthday dia. Umi kat Busan, Tapi umi sempat hantar video nanyikan lagu birthday untuk Cikdamia di Puncak Tower kat Busan tu.... 

2015 pun umi takde dengan cikDamia masa birthday dia sbb umi ke japan..... 

Diz year dia wish "Saya nak umi ada masa birthday saya"...huhuhu...sedey plak...


Tapi sebelum umi ke Japan dan ke Korea, Umi sempat celebrate birthday cikDamia bersama jiran tetangga dan rakan-rakan cikdamia. Last year bertema kan frozen.... (planning last minute) sebab umi tak nak cikdamia rasa sedih sbb umi jauh dan tak ingat date penting tu kan....

Tahun ni kita nak buat ape yerk, Umi plan nak cuti sehari sebelum kejadian. Ambil dia balik sekolah, lepas tu terus bawa dia ke somewhere.....

Somewhere tu kemana : 

(ini antara tempat yang di jangkakan)

Sunway lagoon ke

Image result for sunway lagoon

Genting Highland ke

Image result for genting highland


Kidzania ke

Image result for kidzania kuala lumpur

Janda Baik ke

Image result for janda baik resort chalet

Suasana Kampung....suke ke damia.....

Tempat yang dekat-dekat je tapi menyeronokkan untuk cikdamia dan dia boleh ingat. Mungkin kota keriangan....lebih bestkan.....ermmmm....

Thursday 18 May 2017

SHELLOUT

Selalu asyik dengar je orang bercerita pasal ShellOut ni kan.... Cherry merah dapat google jer tak pernah rasa pun, Encik Cherry Merah pun ada cerita....nyampah lah...hukhukhukkkkkk, nyampah manje .... Bila di ajak Encik Cherry Merah cakap pedas kesian kat anak-anak lah, nanti anak-anak nak amakan ape lah.....Aikkkkk!!! kat kedai tu jual menu tu je ke....


Dalam family group pun asyik bercerita, eleh.....oneday cherry merah merajuk sebab asyik cakap mende tu je, pastu diaorg pun pujuk-pujuk lah konon n plan nak celebrate awal ramadhan kat umah cherry merah dan nak masakkan ShellOut untuk cherry merah......waaaaa, bestnyerrrr. Dengan syarat cherry merah kena masak Butter Prawn yg kononnyer sedap....ni diaorg yg cakap bukan nak puji diri sendiri ea.....

Yeyea...seronoknye kumpul adik-beradik, ng mak n abah.......tak sabo pulak kita tunggu....

Menghitung beberapa hari lagi nak Ramadhan ni.....

Lirik Lagu Opick - Ramadhan Tiba

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka

Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
Yang di janjikan kepada kita

Marhaban Ya Ramadhan 4X

Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata

Banyakkan amal hari-harinya
Pahala datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya

Ramadhan tiba 3X
Ramadhan tiba 3X

Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa

Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X



I love my Family!!


Thursday 5 January 2017

MULUT BERBAU : JOM KITA CUBA TIPS INI





Mulut berbau, macam mana nak elakkan dari mulut berbau lebih-lebih lagi bulan puasa. Kalau tak puasa boleh gak makan chewing gum ke kan...nak cover konon-kononnyerrr, ada tak yang buat cam tu. Tapi ada gak yang kunyah chewing gum ni dah memang habit diaorg. Cherry merah Lagipun kalau mulut berbau ni kan automatic confident level kita turun tau...bukan orang yang bau je tak selesa kita yang berbau ni pun tak selesa...


Ok, jom kita cuba practickan cara-cara di bawah, sumber daripada google dan bahan bacaan cherry merah.


1) Membersih dan memberus gigi

Yang pertama mestilah berus gigi kan.. Berus gigi betul-betul dan teratur jangan asal berus je. Sambil-sambil tu flos lah sekali gigi tu.


2) Membersihkan lidah

Cuba jelir lidah depan cermin, Cuba korang tengok colour ape...sepatutnya colour pink2 merah kalau colour keruh je dah kira wajib bersihkan dah tu. Bahagian atas lidah adalah bahagian utama yang membantu mendatangkan bau kurang selesa mulut anda. Rekahan lidah membantu bakteria untuk bersembunyi. Jadi pergi dapatkan tongue cleaner untuk membersih bahagian lidah.


3. Perbanyakkan Minum Air Putih

Cubalah minum air putih sebanyak mungkin. Air putih dapat membantu membersihkan kawasan rongga mulut, selain dapat meningkatkan pengeluaran air liur sebagai pencegah bau mulut.


4. Pilih-pilih Menu Makanan

Sayur bayam mengandungi serat dan ‘polifenol’ yang boleh menjaga kesihatan rongga mulut. Begitu juga dengan hazelnut yang kaya dengan vitamin dan protein dapat melawan bau mulut. Hazelnut baik untuk kesihatan gigi dan gusi.

Buah strawberi juga mengandungi banyak vitamin C yang membuatkan bakteria dan kuman sukar untuk hidup di mulut. Selain itu, epal juga makanan terbaik yang dapat melawan bau busuk mulut. Epal bukan sahaja dapat memberikan kelembapan pada mulut untuk menghilangkan bakteria, bahkan testurnya juga dapat membantu menghilangkan kelebihan plak di gigi.


5. Minum Teh Hijau

Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang dapat mengurangkan bakteria yang terdapat dalam rongga mulut mahupun saluran pernafasan. 


6. Gunakan Ubat Kumur Antiseptik

Menggunakan ubat kumur juga efektif untuk mengurangkan bau mulut.

Menjaga kebersihan gigi dan mulut secara konsisten sangat penting untuk mengurangi bau mulut, membantu menghindari gigi berlubang serta menurunkan risiko penyakit gusi.


Thursday 27 October 2016

MOTOR BARU KAMI :CT100


Harta pertama KAYYISAHFALIH :
Image result for modenas ct100 makeupModenas CT100

Adik mengadu domba kat kami merungut-rungut supaya di belikan motor dan bersungguh untuk menjana pendapatan dengan motor tersebut. Ishh...perah otak kerana perlu mengeluarkan modal lagi tanpa perancangan. So, sebelum semuanya terjadi kami merangka kertas kerja untuk menjayakan lagi keberhasilan balik modal dan pastinya keuntungan. 

Olehkerana tetiba plak isu motor ni menjadi project pertama kami dengan tiada pengalaman membeli motor. Kami bertiga pun membuat surveyer terhadap motor-motor yang sesuai untuk kegunaan. Survey punya survey boleh tahan gak rupanya harga motor ea... Hokey kitaorg buat keputusan untuk membeli motor secara tunai memandangkan jika beli secara ansuran boleh dapat 1 sebuah motor baru + 1 sebuah motor 2nd hand dan cc yang rendah. 
Mokde ng anis yg settle gi cari motor berpandukan spek yg telah di bincangkan.




(Sebaik ritu tak jumpe pasola, kalau tak memang beli pasola jerk)



Tadaaa......ini lah aset pertama si KAYYISAHFALIH


(Ambil gambo apex ni sekali, bagi dia popular sikit sebab delay penyerahan motor tu...)

Kat sini nak share antara intipati yang kitaorg bincangkan sebelum keputusan dibuat dan memilih cikCT100 : sikapcai comei!!

Ada macam-macam jenis motor kapcai.... ada yang ada padel gear kaki, ada yg ada clutch dan pedal gear kaki, dan ada yg auto (takde gear n clutch- press minyak je... ) A.k.a : Scooter... Tp dulu Scooter umi wlpn auto tp power taw....tak semput.

1. Korang pilih lah korang nak yang mana
2. Korang nk beli motor tu untuk apa ?

3. Berapa cc korang nk? kalau santai-santai cc rendah dah lerr.... takyah lah nk merepek cc tinggi ( lagi tinggi cc, lagi laju boleh gi...kalau excident pun momentum nye lagi kuat tau, minta dijauhkan lah yerk, sebenarnya kalau cc beso ins pun lagi beso...ni ayat sopannye lah.)
4. Belilah jenama yang terkenal supaya mudah mencari alat ganti jika rosak ( yang ni kitaorg buat survey dengan kitaorg tgk sekeliling je motor apa yang paling banyak, honda , yamaha, modenas dan lain...jenama tak kenal sgt tu malas r nak ambil risiko)
5. Pergi kedai motor berapa banyak pun tak per, gilah tanya...sampai korg puas hati.
6. Sekarang dah boleh buat pilihan dan beli motor tapi ada 3 cara untuk medapatkan motor ni :

  • Secara Tunai (Serius lebih murah dan segera :4k boleh dapat enCT100 tu)
  • Loan Bank (Kena tunggulah kelulusan bank tu)
  • Berhutang dengan tokey kedai (bayo deposite, pastu kena datang kedai bayo bulan-bulan. Mahal giler......hahahaa....mungkin org luar kot, deposite dekat 3k , pastu kira balik harga motor jadi 6+++)

Kitaorg buat perbandingan tunai dan hutang dengan tokey kedai je








Wednesday 12 October 2016

PERIOD PAIN a.k.a SENGGUGUT

Image result for senggugut


Tak semua mengalaminye kan ada segelintir, Ada yang biasa-biasa je dan ada yang sakit sangat. Umi? Umi senggugut tak ? SENGGUGUT sayang..... Ramai yang cakap ...hisss anak dah 3 tak kan senggugut lagi kot..... YE, SENGGUGUT!!  

Bila kita search kat google di wikipedia' dia bagitau ;
Ada 2 jenis senggugut 
Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Sementara senggugut Senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

Habis tu macam umi ni tergolong dalam secondry atau utama? Ntah lah.... Setakat ni anak dah 3 orang, dah buat papsmear byk kali dan rahim , alhamdulillah ok but still senggugut. Cuma kadang kena teruk sampai tak boleh nk bangun, rasa mual-mual, sakit yang mencucuk-cucuk, sakit pinggang yang melampau sampai terbengkok pinggang, demam, tertonggeng-tonggeng. Masa ni minyak panas nak kena ada sentiasa disapu kat perut, kalau dulu letak air panas dalam botol. Sekarang Umi sapu je minyak panas kat perut kalau kena yang sakit pinggang lepas sapu minyak panas Umi pakai bengkung baru lah tahan sikit. Kaki pakai stokin. Kadang dah macam orang pantang masa bersalin plak. Kadang-kadang kena sikit sakit perut yang boleh tahan. Dah macam-macam tips dicuba tapi masih ada.


Tulah Kadang memang susah nak terangkan situasi kepada mereka-mereka yg lagak doktor ataupun menganggap ilmu kita seperti doktor. Kenapa umi cakap camtu....sebab pertanyaan diaorg tu dan minta maaf lah bila Umi kena senggugut yang teruk umi rasa bengang sangat ng soalan-soalan yang macam tu , mood tak elok kot....hahahaa.....

Walaumacampun Umi nak share cara yang Umi selalu buat untuk mengurangkan rasa senggugut :(Tahap Medium untuk Umi) 




  • Sapu dan urut perut, kaki, pinggang yang sakit dengan minyak panas / lotion panas
  • Tuam dengan kain/botol yang berisi air panas pada bahagian perut / pinggang/ punggung
  • Minum air suam
  • Buat senaman macam senaman Back Pain yang Umi share haritu pun ok gak
  • Pakai Stokin
  • Tidur
Ni plak cara Umi buat untuk Sakit Tahap Hard untuk Umi
  • Makan Ubat Tahan Sakit
  • Tidur
Kalau yang biasa-biasa tu Umi buat relax jer..... paling-paling pun Umi mesti :

  • Minum air suam
  • Buat senaman

    • Bukan tak sakit, tapi masih boleh tahan... Yang teruk untuk Umi bila Umi tak boleh bangun, Sakit teramat sangat, kepala pusing, mata tak kabur, mabuk-mabuk.... Umi jarang makan ubat sbb Umikan allergy PCM , Umi boleh makan pil tahan sakit je, sbb tu Umi jarang makan Ubat...dah sakit bebetul baru Umi makan Ubat.

      Ada gak yang cakap jangan fikir, aktifkan diri, buat keje macam biasa.....erm, mungkin yang tak rasa boleh cakap apa saje kan. Macam gak bersalin ada yang cakap sakit bersalin macam senggugut. Tapi Umi rasa bersalin tak seteruk senggugut Umi yang hard. 2-3 hari sakit tak boleh bangun tak boleh buat kerja. Kalau kena sakit pinggang kadang dari sebelum period bulan ni hingga period bulan depan baru baik. Alhamdulillah Allah permudahkan Umi bersalin dan dapat tahan sakit bersalin. Allah dah tentukan bahagian masing-masing. Apa-apa pun kita sendiri yang kenal diri kita, berusahalah mencari penawar selagi penawar tu baik untuk kita amalkan dan tak melanggar syariat. Inn shaa Allah



      Thursday 22 September 2016

      EXCERCISES FOR BACK PAIN


      Tahu tak berapa kos bayo Fisio tu...... sape nak tau PM je lah UMi, Umi buat dekat UIAM!
      Tapi malam tadikan umi gi lah tanya enGoogle...kot lah enGoogle tau cara macam mana nak buat excercises tu kalau kat opiz kan.... SeClick jer...terus dapat.... Jelos tau, nak jadi macam enGoogle plak rasanyer.... org tanya je, boleh jawab sepantas kilat....

      Umi cubalah practic kan kat opiz arini, buat yg simple-simple je.... yang tak menarik perhatian opizmate.... hehehee
      15 exercises you can do at your desk http://visual.ly/15-excercises-you-can-do-your-desk:

      Nampak macam lah kacang je ni....Korang nk tau tak masa fisio tu diaorg ada ajo gak yang ni tau...nampak macam senangkan tapi bagi umi yang selalu buat keje cepat ni payah gak tau...bagi org yg penuh kesabaran je sangat kacang.....

      Korang try lah buat ea....Umi buat semua diatas ni kecuali yang mencangkung atas kerusi tu..... Hahahaaaa.......Buatnye tengah buat ada org nak masuk bilik terkejut beruk tengok aku tercangkung atas kerusi...wakakaaaa