Mulut berbau, macam mana nak elakkan dari mulut berbau lebih-lebih lagi
bulan puasa. Kalau tak puasa boleh gak makan chewing gum ke kan...nak cover
konon-kononnyerrr, ada tak yang buat cam tu. Tapi ada gak yang kunyah chewing
gum ni dah memang habit diaorg. Cherry merah Lagipun kalau mulut berbau ni kan
automatic confident level kita turun tau...bukan orang yang bau je tak selesa
kita yang berbau ni pun tak selesa...
Ok, jom kita cuba practickan cara-cara di bawah, sumber daripada google dan
bahan bacaan cherry merah.
1) Membersih dan memberus gigi
Yang pertama mestilah berus gigi kan.. Berus gigi betul-betul dan teratur
jangan asal berus je. Sambil-sambil tu flos lah sekali gigi tu.
2) Membersihkan lidah
Cuba jelir lidah depan cermin, Cuba korang tengok colour ape...sepatutnya
colour pink2 merah kalau colour keruh je dah kira wajib bersihkan dah tu.
Bahagian atas lidah adalah bahagian utama yang membantu mendatangkan bau kurang
selesa mulut anda. Rekahan lidah membantu bakteria untuk bersembunyi. Jadi
pergi dapatkan tongue cleaner untuk membersih bahagian lidah.
3. Perbanyakkan Minum Air Putih
Cubalah minum air putih sebanyak mungkin. Air putih dapat membantu
membersihkan kawasan rongga mulut, selain dapat meningkatkan pengeluaran air
liur sebagai pencegah bau mulut.
4. Pilih-pilih Menu Makanan
Sayur bayam mengandungi serat dan ‘polifenol’ yang boleh menjaga kesihatan
rongga mulut. Begitu juga dengan hazelnut yang kaya dengan vitamin dan protein dapat
melawan bau mulut. Hazelnut baik untuk kesihatan gigi dan gusi.
Buah strawberi juga mengandungi banyak vitamin C yang membuatkan bakteria
dan kuman sukar untuk hidup di mulut. Selain itu, epal juga makanan terbaik
yang dapat melawan bau busuk mulut. Epal bukan sahaja dapat memberikan
kelembapan pada mulut untuk menghilangkan bakteria, bahkan testurnya juga dapat
membantu menghilangkan kelebihan plak di gigi.
5. Minum Teh Hijau
Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang dapat mengurangkan bakteria yang
terdapat dalam rongga mulut mahupun saluran pernafasan.
6. Gunakan Ubat Kumur Antiseptik
Menggunakan ubat kumur juga efektif untuk mengurangkan bau mulut.
Menjaga kebersihan gigi dan mulut secara konsisten sangat penting untuk
mengurangi bau mulut, membantu menghindari gigi berlubang serta menurunkan
risiko penyakit gusi.