Thursday, 13 July 2017

BIRTHDAY CIK DAMIA SI CHERRYMERAH UMI

Pejam celik pejam celik....SubahannaAllah Cik Damia dah nak 8 tahun daa.... Alhamdulillah....
Apa yang kita nak buat yerk untuk suprise kan cikDamia ni...
Last year umi takde di sisi Cik Damia masa birthday dia. Umi kat Busan, Tapi umi sempat hantar video nanyikan lagu birthday untuk Cikdamia di Puncak Tower kat Busan tu.... 

2015 pun umi takde dengan cikDamia masa birthday dia sbb umi ke japan..... 

Diz year dia wish "Saya nak umi ada masa birthday saya"...huhuhu...sedey plak...


Tapi sebelum umi ke Japan dan ke Korea, Umi sempat celebrate birthday cikDamia bersama jiran tetangga dan rakan-rakan cikdamia. Last year bertema kan frozen.... (planning last minute) sebab umi tak nak cikdamia rasa sedih sbb umi jauh dan tak ingat date penting tu kan....

Tahun ni kita nak buat ape yerk, Umi plan nak cuti sehari sebelum kejadian. Ambil dia balik sekolah, lepas tu terus bawa dia ke somewhere.....

Somewhere tu kemana : 

(ini antara tempat yang di jangkakan)

Sunway lagoon ke

Image result for sunway lagoon

Genting Highland ke

Image result for genting highland


Kidzania ke

Image result for kidzania kuala lumpur

Janda Baik ke

Image result for janda baik resort chalet

Suasana Kampung....suke ke damia.....

Tempat yang dekat-dekat je tapi menyeronokkan untuk cikdamia dan dia boleh ingat. Mungkin kota keriangan....lebih bestkan.....ermmmm....

Thursday, 18 May 2017

SHELLOUT

Selalu asyik dengar je orang bercerita pasal ShellOut ni kan.... Cherry merah dapat google jer tak pernah rasa pun, Encik Cherry Merah pun ada cerita....nyampah lah...hukhukhukkkkkk, nyampah manje .... Bila di ajak Encik Cherry Merah cakap pedas kesian kat anak-anak lah, nanti anak-anak nak amakan ape lah.....Aikkkkk!!! kat kedai tu jual menu tu je ke....


Dalam family group pun asyik bercerita, eleh.....oneday cherry merah merajuk sebab asyik cakap mende tu je, pastu diaorg pun pujuk-pujuk lah konon n plan nak celebrate awal ramadhan kat umah cherry merah dan nak masakkan ShellOut untuk cherry merah......waaaaa, bestnyerrrr. Dengan syarat cherry merah kena masak Butter Prawn yg kononnyer sedap....ni diaorg yg cakap bukan nak puji diri sendiri ea.....

Yeyea...seronoknye kumpul adik-beradik, ng mak n abah.......tak sabo pulak kita tunggu....

Menghitung beberapa hari lagi nak Ramadhan ni.....

Lirik Lagu Opick - Ramadhan Tiba

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka

Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
Yang di janjikan kepada kita

Marhaban Ya Ramadhan 4X

Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata

Banyakkan amal hari-harinya
Pahala datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya

Ramadhan tiba 3X
Ramadhan tiba 3X

Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa

Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X



I love my Family!!


Thursday, 5 January 2017

MULUT BERBAU : JOM KITA CUBA TIPS INI





Mulut berbau, macam mana nak elakkan dari mulut berbau lebih-lebih lagi bulan puasa. Kalau tak puasa boleh gak makan chewing gum ke kan...nak cover konon-kononnyerrr, ada tak yang buat cam tu. Tapi ada gak yang kunyah chewing gum ni dah memang habit diaorg. Cherry merah Lagipun kalau mulut berbau ni kan automatic confident level kita turun tau...bukan orang yang bau je tak selesa kita yang berbau ni pun tak selesa...


Ok, jom kita cuba practickan cara-cara di bawah, sumber daripada google dan bahan bacaan cherry merah.


1) Membersih dan memberus gigi

Yang pertama mestilah berus gigi kan.. Berus gigi betul-betul dan teratur jangan asal berus je. Sambil-sambil tu flos lah sekali gigi tu.


2) Membersihkan lidah

Cuba jelir lidah depan cermin, Cuba korang tengok colour ape...sepatutnya colour pink2 merah kalau colour keruh je dah kira wajib bersihkan dah tu. Bahagian atas lidah adalah bahagian utama yang membantu mendatangkan bau kurang selesa mulut anda. Rekahan lidah membantu bakteria untuk bersembunyi. Jadi pergi dapatkan tongue cleaner untuk membersih bahagian lidah.


3. Perbanyakkan Minum Air Putih

Cubalah minum air putih sebanyak mungkin. Air putih dapat membantu membersihkan kawasan rongga mulut, selain dapat meningkatkan pengeluaran air liur sebagai pencegah bau mulut.


4. Pilih-pilih Menu Makanan

Sayur bayam mengandungi serat dan ‘polifenol’ yang boleh menjaga kesihatan rongga mulut. Begitu juga dengan hazelnut yang kaya dengan vitamin dan protein dapat melawan bau mulut. Hazelnut baik untuk kesihatan gigi dan gusi.

Buah strawberi juga mengandungi banyak vitamin C yang membuatkan bakteria dan kuman sukar untuk hidup di mulut. Selain itu, epal juga makanan terbaik yang dapat melawan bau busuk mulut. Epal bukan sahaja dapat memberikan kelembapan pada mulut untuk menghilangkan bakteria, bahkan testurnya juga dapat membantu menghilangkan kelebihan plak di gigi.


5. Minum Teh Hijau

Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang dapat mengurangkan bakteria yang terdapat dalam rongga mulut mahupun saluran pernafasan. 


6. Gunakan Ubat Kumur Antiseptik

Menggunakan ubat kumur juga efektif untuk mengurangkan bau mulut.

Menjaga kebersihan gigi dan mulut secara konsisten sangat penting untuk mengurangi bau mulut, membantu menghindari gigi berlubang serta menurunkan risiko penyakit gusi.