Saturday, 13 June 2015

jENis kULit

LAst week kan ada cite pasal pencuci muka yang sesuai ng cara mencuci kan

harini umi nak ajo camne kita nak tau kulit kita ni jenis ape?
Umi baca kat blog.lazada dari umi baca tu dia ckp ada 5 jenis kulit:
normal, kering, berminyak, kombinasi dan Sensetif

Cara dia cam dibawah ni :
bangun pagi, ambil tisu lap muka kemudia hasil nya.......

1. Kulit Normal
article-0-16CB39B5000005DC-468_634x601
Jika kulit Anda termasuk jenis normal , tisu tidak akan meninggalkan kesan minyak.
 Selain itu kulit Anda akan terasa lentur dan kenyal.
 Kulit jenis ini adalah jenis yang paling jarang bermasalah.
 Kulit normal terlihat bersih, halus dan bahkan dengan perawatan minimum saja, kulit normal akan tetap cantik pada umur 30 keatas. 

2. Kulit Kering
dry-skin2-l
Jika kulit anda kering, tisu akan bersih dari minyak juga, namun kulit Anda akan terasa keras, kering, 
Kulit jenis kering ini dapat dengan mudah ada jerawat dan pori-pori besar dan kulit mudah menjadi tua dan iritasi. 
Kulit kering akan masih terlihat bagus pada umur muda namun Anda harus tetap menjaga kesehatan kulit agar tak nampak terlalu tua ketika umur 30 keatas. 

3. Kulit berminyak
124
Jika Anda memiliki kulit jenis berminyak, tisu akan meinggalkan bekas minyak. 
 Kulit selalu nmpk berkilat, berminyak dan pori-pori besar yang menyebabkan jerawat. 
Namun kulit berminyak juga memiliki kelebihan yaitu tak nampak dimakan usia
Anda dapat merawat kulit berminyak dengan mebersihkan muka dengan hati-hati, meminimalkan makanan yang mengandung karbohidrat dan menghindari produk perawatan yang ‘creamy’. 

4. Kulit Kombinasi
face-cleansing
Kebanyakan wanita memiliki jenis kulit kombinasi. Tanda memiliki kulit kombinasi adalah ketika Anda lap bahagian hidung dan dan kening maka pada tissue akan terdapat minyak, namun tidak pada pipi Anda, pipi Anda kering.
kerana kulit kombinasi ini adalah gabungan Antara kulit kering dan berminyak, jenis ini membutuhkan perawatan yang berbeza berdasarkan bahagian masing-masing. 
bahagian yang kering seperti pipi dan sekitar mata mesti dirawat dengan produk yang kaya akan cream, mouturizer, sedangkan untuk bagian berminyak seperti kening dan hidung dapat dirawat dengan sering-sering membersihkannya dengan air bersih. 

5. Kulit Sensitif
Sensitive-skin-irritation-rashes-2
Kulit sensitif umumnya adalah kulit yang sangat kering, terasa ketat dan dapat teriritasi dengan mudah. 
Biasanya kulit sensitif akan berwana merah pada beberapa bagiannya, warna merah tersebut juga terasa tipis dan gatal. 
Untuk kulit sensitif Anda perlu rawatan ekstra. 
Anda dapat memeriksa kulit wajah sensitif ke doktor muka. 

Saturday, 6 June 2015

KENALI JENIS KULIT DAN PENCUCI MUKA

Korang jenis kulit muka macam mana?
umi, jenis berminyak....
tapi, adakah anak-anak umi pun akan dapat jenis kulit muka yang sama......?

korang tau tak setiap jenis kulit berbeza product....umi pun tak tau sgt ....dulu mak tak ajo pun, pepandai sendiri baca dan search....esok bebudak ni kalau dh beso skit boleh r diaorg baca kt sini tak pun diaorg tolong updatez yg lain bg up to dates...hehehee....

mula-mula nk cite pasal jenis kulit umi je, tetiba teringat kt princess kt school tu...cari jelah semua, sonang g2 kan....nnt bila-bila diaorg nak cari g kt sini je....kata sharing together


okey, Antara jenis-jenis kulit

1. Kulit normal - sesuai pencuci berbuih dan lotion
2. Kulit berminyak - sesuai pencuci berbuih
3. Kulit kering -sesuai pencuci lotion /cream
4. Kulit Sensitif - sesuai pencuci  lotion/cream

Penggunaan sabun glycerine walaupun berbuih ia kaya dengan pelembab semulajadi, so tidak perlu bimbang,  ia tidak mengeringkan kulit. Tetapi perlu juga kenal pasti bahan untuk jenis kulit contohnya..

1. Rumpai laut sesuai untuk semua jenis kulit
2. Cengkih dan kulit kayu manis untuk kulit berminyak
3. Aloe vera untuk kulit kering dan sensitif
4. Kolagen ikan sesuai untuk semua jenis kulit


Bagi korang atau anak-anak umi yang rajin boleh gak kalau nak buat pencuci muka sendiri.....dengan menggunakan

1. Madu  ( pastikan yang asli ) - sapukan pada muka dan sedikit urutam membulat.. biarkan 5 minit, cuci denga air bersih ( baik untuk liang roma terbuka (open pores) 







2. Susu, cream atau yogurt - untuk kulit kering. Juga Sapukan pada muka dan biar 5 minit sebelum di cuci dengan air..


3. Jus lemon untuk kulit berminyak.
 
Tapi....Sebelum mencuci muka, korang kena bersihkan muka korang dulu dengan tisu basah atau minyak bayi. Ia bagi menanggalkan kotoran  yang ada pada  muka, berkemungkinan pencuci muka tidak dapat membersihkannya secara total. 

Bahagian wajah anda yang perlu diberi perhatian adalah pada kawasan sekitar mata, tepi hidung, dan keseluruhan kulit muka korang

Buihkan pencuci muka anda sebelum disapu pada kulit muka. Jangan sesekali menggosok muka anda dengan kuat. 
Lakukan pembersihan dalam bentuk  putaran. 
Kemudian dibilas dengan air bersih. 

Kalau tak puas hati basuh lagi...sebab kadang-kadang kita sendiri boleh tau bila tgk kt cermin tu macam tak puas hatikan ....macam ada lagi eye liner lah, mascara lah...kan...kan.....ape lagi,ambil pencuci muka sekali lagi .

 Selepas wajah anda dibilas dengan air bersih, lapkan perlahan-lahan sebelum anda mengoleskan penyegar dan pelembap wajah selepas itu

Tip penjagaan mata

Adoiiyaiii matakuuuu..... Dah banyak garis-garisss 
Huhuhukkkk...... Jom sesama kita amalkan tips penjagaan mata
Antaranya ialah: 
# Minum air secukupnya kerana ia dapat mengelakkan dehidrasi, sekaligus melambatkan timbul kedutan pada mata.




Makan buah dan sayuran kerana kandungan mineral, vitamin yang terdapat di dalam buahan dan sayuran adalah nutrisi berguna untuk kecantikan mata, di samping bermanfaat untuk kulit dan kesihatan tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang menambahkan keanjalan kulit nipis pada mata.






Hindari perbuatan menggosok mata walaupun dengan tangan kerana ia boleh memberikan kesan tidak baik pada seluruh bahagian mata.




Berhati-hati memilih produk penjagaan mata. Selalu pilih produk yang boleh dipercayai dan sudah melalui ujian klinikal. Hati-hati dalam aplikasi solekan dan hindari pinjam-meminjam alat kosmetik mata. Perbaharui kosmetik mata setiap 6 bulan sejak pertama kali dibuka.



Kurangkan pendedahan berbahaya terhadap mata seperti wap panas, tempat berdebu, sinar UV dan benda lain yang berbahaya. Disarankan menggunakan kaca mata hitam dengan kemampuan melindungi mata dari sinar UV.



Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggalkan dengan sempurna, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat, kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman atau dipenuhi bintik-bintik halus!

Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi dan ia boleh mengakibatkan ‘oil seed’ di sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, witch hazel dan pro vitamin B5.