Saturday, 14 February 2015

TOKYO : LAMARAN ENSUAMI.... JAPAN ADA 4 MUSIM

Assalamualaikum....
Konnichiwa..... Arigatou Gozaimas


Dah kenapa pulak ngan umi korang ni kan tetiba..... berbahasa jepun plak... 
Sebenarnya umi terperanjatlah sebab ayah ajak umi gi Jepun.. hihihikkhikk ...senyum lebo kow sampai ke telinga.

"Syg, nak ikut g jepun tak".... jwb laju-laju sambil mengangguk ntah berapa kali "naknaknak".... hehehee
"Tapi.....gi panjat MT.Fuji tau"
" Ok, i like!"
"Tapi...lambat lagi, lepas raya?"
ha? lps raya...sempat ke umi kumpul duit ni.
Adoidoiiiii, ni dah bulan dua sayangkuuu....

Start dari haritu umi mula buat persiapan untuk ke jepun, 
1st time ni nak gi jepun wei..apa yang umi buat ek, rasanye sama jerk kot apa yang Umi buat dengan apa yang orang lain

Banyak gak lah umi baca antara yang umi dapat,  mengenai geografi jepun, musim di jepun, budaya di jepun dan banyak lagilah. Umi cerita pasal musim je lah kat sini ek.

Kebanyakkan orang tau kan jepun ada 4 musim iaitu Musim Sejuk (Winter), Panas (Summer), Bunga (Spring) dan Luruh (Autumn). Bukan jepun jer ada lagi negara lain yang ada 4 musim ni tapi umi fokus jepun je lah yerk.






Musim Bunga (Spring)
Bulan Mac,April,Mei

Biasa tempoh dia berkembang ranum (eh, ranum macam untuk buah ek) dalam seminggu je. Masa dia pada hujung bulan Mac hingga akhir bulan april.(eh, tadi umi cakap seminggu ni macam sebulan kan...ye lah sayang seminggu tu kira dia mekar cantik dan sempurna...dalam tempoh akhir mac- akhir april ni adalah bunganye...tak lah magic kan tetiba je tak berputik ape bagai tetiba je keluar bunga mengembang byk2 semingu pastu hilang.... kannn). Masa ni suhu dalam 10 kalau umi tak silap r dari umi baca tu, sejukkan.

So Antara Pakaian Yang DiSuggestkan Untuk Musim ni (tapi ni ikut lah kesesuaian korg ea):
  • Jacket/Sweater T-Shirt & Kemeja Casual
  • Long John ( Baju Panas)
  • Seluar panjang/Jeans 
  • Sarung Tangan
  • Kasut – Bertutup
  • Stokin


Musim Panas(Summer)
Bulan Jun,Julai,Ogos

Cuaca dia lebih kurang macam kat malaysia dalam 30c-35c, kadang-kadang hujan. Kalau gi jalan-jalan tu bawa lah air, payung/baju hujan, cermin mata. Masa ni orang kat jepun suke berjemur dan masa bulan ni banyak event yang dibuat terutama sekali firework katanyer lah. Ia bermula pada awal bulan Jun hingga akhir bulan Ogos.

So, pakaian yang sesuai macam kat tempat kita je kot. Umi tengok kat website kebanyakkan pakai pakaian biasa je:

  • Tshirt/Blouse (ikut suke korang r yang selesa macam pakai kt umah tu pun boleh )
  • Seluar  Pendek/Jeans Skirt
  • Kasut : Kasut/Sandal

Tapi kat jepun ni orang nyer macam havoc2 jerk kan....semua macam giler fesyen ...ke.....ada tempat-tempatnyer kot.... tengok pic...pergh, havoc kooo




Musim Luruh(Autumn)
Bulan September,Oktober,November

Macam teruja plak tengok picture autumn ni kan. Dari apa yang umi baca masa ni kita boleh tengok daun-daun bertukar warna dan berguguran. (Tapi, nak kena duduk berapa lama ni nak tengok semua tu...heheheee). Tapi rata-rata yang cakap masa yang paling sesuai pada awal bulan oktober hingga hujung november sebab daun dah mula kuning keorenan kemerahan gichew....katanya. Suhu masa ni dalam 20c.

Oleh itu, pakaian tersebut dicadang untuk dibawa;
  • Jacker/Sweater/Coat/Baju sejuk (Yang ni bawa yang cantik-cantik dan stylo tau          nantikan nak ambik gambo)
  • Tshirt ( Yang biasa-biasa jer sbb kat dalam baju sejuk kot, tapi kalau bercadang nak ambil gambo pakai tshort tu bawa lah yang cantik/vogue )  
  • Long john
  • Seluar panjang lagi sesuai rasa nya
  • Sarung Tangan
  • Kasut : Bertutup lebih sesuai
  • Stokin                                          

credit : http://zekkeijapan.com/article/index/12/

Musim Sejuk(Winter)
Bulan Disember,Januari,Februari

Sape nak main salji angkat tangan!! Katanyer salji akan turun masa suhu mencecah ke 0 darjah celsius, ada yang cakap masa hari natal(yang ni umi tak berapa pastilah), penghujung disember macam tu lah. pergh...sejuk nyer lah...ni mau kejang kaki kalau gi jejalan ni...tak pun makan tdo je lerrr.....
Tapi umi baca kat blog http://www.melancongkejepun.com/tips-melancong/destinasi-popular/musim-sejuk-di-jepun banyak gak lah aktiviti yang menarik masa winter ni seperti : 

1. Illumination (Terdapat banyak pesta untuk memaparkan imej pada bangunan dengan teknologi Pemetaan Unjuran(pemetaan 3D).

2. Kolam air panas (Berendam di kolam air panas)

3. Perayaan musim sejuk ( Sounkyo Ice Festival. Dari ukiran ais hingga air terjun yang beku dinyalakan dalam pelbagai warna untuk dilihat di festival ini yang berlangsung dari akhir bulan Januari hingga ke bulan Mac)

4. Ski dan snowboard

5. Makanan musim sejuk (boleh cuba rasa makanan panas yang popular dimusim sejuk, yang muslim make sure yang halal tau)

(yang atas ni umi copy kat blog dia, boleh lah jenguk blog dia)


Antara Pakaian Yang di cadangkan sesuai dipakai masa ni :
  • Winter Coat 
  • Sweater
  • Long john
  • Tshirt
  • Seluar panjang
  • Sarung Tangan
  • Kasut
  • Stokin
Umi, apa kaitan dengan persiapan?
Kan umi ada tulis suhu masa musim-musim tu, cadangan pakaian tu untuk persiapan korang kat sana lah tapi mula-mula yang penting korang ni nak gi musim ape? 
Korang survey dulu musim-musim yang macam best ..... berangan dulu..... pastu baru langkah kedua
hokey


Jika ada yang bertanya kena pic kat atas tu semua pic MT.Fuji... Jawapan nyer sebab ayah kan ajak umi panjat gunung fuji.

Kami akan pilih pergi pada musim panas sebab nak panjat MT.Fuji. Sekian, terima kasih untuk pemilihan musim. so, untuk musin lain umi kena berangan lain kali. Lepas ni umi akan share persiapan umi untuk kesana termasuk peralatan mendaki kot.... boleh r sesape yg berhajat mendaki MT.Fuji tu berkongsi .